Wednesday 7 January 2015

berjalan atas impian

Lama dah aku tak jengah diari ni. Aku tak kuat bila baca balik apa yg aku tulis ni. Sakitnya tuhan je yang tau. Aku rasa useless. Satu lagi alasan kenapa dah jarang kongsi cerita kat sini sebab aku dah ada tempat baru untuk luahkan segala sakit dan perasaan ni. Tempat baru itu adalah INSTAGRAM! hahaha tapi sama macam blog ni, aku rahsiakan identiti aku. Aku kongsi setiap kata-kata dari hati aku sendiri. Alhamdulillah. Kat mana lagi perlu aku kongsikan rasa dalam ni bila semua yang dsisi semakin pergi... yang jengah cuma dalam mimpi.. jadi, aku pilih kongsi di instagram. Kurang2, dapat juga aku lepaskan rasa kasih, rindu, cinta, sakit aku ni kan?


Hal aku tetap berjalan. Walaupon rumit, akan aku lawan. Insyaallah.

Monday 29 December 2014

izinkan aku cinta kau dari jauh

Sakit.. aku sedar kau semakin mula menjauh.. tapi aku cuba nafikan..

aku tak mampu menahan diri ini dari terus mencintai kau.. dah hampir penamat 2014...

pergi lah sayang.. pergilah.. andai aku membawa derita kepada kau, pergilah sayang.. jangan didekat lagi dengan aku.. biar aku lihat mu dari kejauhan..

aku sungguh cinta kau...

pergilah sayang, andai itu beri kau bahagia.. aku kepingin saksi kau senyum ketawa dan bahagia.. bersama aku, hidup mu penuh derita..

biar aku selesaikan apa yg telah aku lakukan..

jika diizin tuhan, akan aku kembali cari mu.. kiranya kau masih sudi untuk hidup dengan ku..

dah tak tertitis air mata ni.. dah tak tersakit dengan segala torehan ni.. cukup kau tau, betapa aku cinta kau sungguh2..

jaga diri mu baik baik sayang.. aku akan sentiasa bersedia untuk mu.. bila bila kau perlu teman bicara, aku sudi..

pergilah sayang, andai itu membahagiakan mu..

izinkan aku cinta kau dari jauh...


si hancur hati
29 Dis 2014.

Sunday 30 November 2014

rindu-i

Aku masih terasa kau disisi ku
mengucup mulus dahi ku
memeluk erat dalam dakapan mu
dan dibuai bahagia
sebelum lena.

dan malam ini,
bau dibaju mu sebagai peneman.




Saturday 22 November 2014

terlanjur cinta


Maafkan aku
yang telah terlanjur mencintai kamu
dan izinkan aku curahkan
segala rasa cinta ini
agar tak terbazir
kerana dimana lagi untuk aku
lepaskan segala rasa cinta ini
kalau bukan untuk kamu

kalau kau pilih untuk pergi
bukan lagi dengan aku
izinkan aku jatuh cinta pada kamu
selamanya
walau sekadar mencintai dari jauh

Kalau kau masih berteka teki
dengan perasaan sendiri
Sudikan lah aku menjenguk hati kamu
berikan aku peluang
izinkan aku kongsi segala bahagia
biarkan aku yang beri segala cinta

aku telah terlanjur mencintai kau
bermakna selamanya kau yg paling aku cinta

maafkan aku untuk segala seksa yg kau terima
akibat dari keterlanjuran cinta aku kepada kamu.



Friday 21 November 2014

you hate me that much?

Aku bukan lagi alasan utk ketawa dia?
Aku bukan lagi sebab utk bahagia sesiapa?
Aku tidak mampu lagi melukis senyum di wajah mereka?

Tuhan,
ambil nyawa ku,
andai neraka selayaknya,
Kau jauhi kan azab dari mereka yg aku kasih dan cinta.
biar aku tanggung segalanya.

Thursday 20 November 2014

Angin kencang.

Dalam silauan cahaya,
Membatas pandangan mata,
Namun jelas ku lihat kamu,
Biarpun ku sedar kau kian jauh,
Tinggalkan aku yang rapuh.

Angin kencang membawa kau jauh ke sana,
Kau hilang terus tanpa khabar,
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu,
Ku merindui kamu.

Apa yang ku fikirkan,
Inilah penyiksaan,
Biarpun beribu tahun,
Namun kau sentiasa di hatiku,
Menuai senyumanmu.



i'm dying

I'm crying,
i'm crying,
then,
i'm still crying

But now,

 I'm dying.

Nota untuk Tuhan

Bissmillahirahmanirrahim,

Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepada Mu limpahkan lah kepada ku segala rahmat dan kebaikan. Aku mohon berikan aku kekuatan dalam mencari penyelesaian ini. Aku syukuri segala nikmat yang pernah kau beri aku dahulu. Dan ini mungkin ujian dan dugaan Mu sebelum aku menerima ganjaran dan hikmah yang lebih besar dari Mu.

Ya Allah ya tuhanku, Engkau lah yang telah membuka hati ku ini. Andai dia bukan untuk ku, tak mungkin kau berikan aku segala keyakinan yang aku perolehi harini. Tuhan ku, andai dia bukan untuk ku, tak mungkin engkau berikan aku harapan dan kekuatan. Telah aku mohon rayu dan sembah Mu untuk memohon pencerahan, seringkali Kau  beri kekuatan dan harapan. Andai dia bukan untuk ku, mana mungkin kau hantar dia temukan aku. Andai dia bukan untuk ku, tak mungkin kau bantu aku dalam mencari dia. Andai dia bukan untukku, tak mungkin kau hantar dia dalam setiap mimpi dan lena ku.

Tuhanku Ya Rabb,

telah kau kuatkan hati aku, jangan kau tarik nikmat ini. Berikan aku kekuatan dan hikmah yang tidak menyakiti hati kami. Telah kau beri pelbagai tanda, yang menguatkan hati aku untuk kejar dia. Tuhanku, sesungguhnya kau Maha Mengetahui setiap ceruk hati aku, kau Maha Mengetahui impian dan masa depan aku, permudahkan ya allah, permudahkan.

Telah kau beri aku harapan, kekuatan dan impian, ku memohon kepada Mu untuk permudahkan segalanya.

andai dia bukan untuk ku, pasti kau tidak beri ku harapan dan kekuatan ini.

dan ini adalah liku liku yang aku perlu tempuh untuk mencapai cinta kami.


Q & A

Q : Is that love?

A : Yes, that's the real meaning for love.

Q : Oh why its hurt much?

A : Because you love it so much.

Q : but its make me feel good about it, why?

A : Because you love it so much.

Q : Why i feel happy with that?

A : because you love it so much.

Q : so what is the real meaning of loves?

A : when you feel happy, you feel sad, you may hurts, you willing to do major and minor sacrifice, when each time you wake up in the morning it will be the first thing in your mind, you will be happy because of it, you will run to catch it, and you feel you are the luckiest person to have it. That's love.

Wednesday 19 November 2014

jangan.

Jangan tinggalkan saya. Saya merayu jangan pergi tinggalkan saya. Saya tak cukup kuat nak lalui semua ni tanpa awak. Saya memang tak kuat tanpa awak.

Saya dah berjalan sejauh ni. Tolong jangan tinggalkan aaya. Tolong.. saya tak bersedia untuk hilang awak lagi. Saya betul-betul belum bersedia dan takkan bersedia untuk itu. Dalam dunia ni, tiada apa lagi saya kejar, selain kasih sayang awak dan masa depan kita dan keluarga kita. Tinggal beberapa langkah sahaja untuk saya menang dalam perjuangan saya. Tolong.. jangan pergi..

awak masih ingat tak dulu awak sakit, awak kata soal mati. Sekarang saya sedang merasainya. Saya rasa mati itu selayaknya untuk saya kalau awak tiada. I will fight for us. Saya dah berjalan jauh sangat. Tolong.. bagi saya peluang untuk rasa bahagia.

segala apa yang saya lakukan, semuanya untuk kita.

Tolong.... saya merayu.... cukup kita sakit dulu.. dont let it happen again.. please..

sungguh, saya sayang awak. Remember that. U'r my first and will be my last, forever.

*p/s I love you




Saturday 15 November 2014

nothing can stop me

I see you.

my future,
my soul and my kisser,
my sunshine and my lover,
my forever boy,
my great soulmate,
i can see you.

my mind and my heart,
my body and words,
it goes to you.

nothing left for me,
i am ready to give it all to you,
and i wish--
and my hope
there is no end for us.

Because,

you are my future
and i can see you.

kali pertama.

Banyak-banyak perkara, kita mesti susah nak lupakan semua perkara yang kali pertama. Contohnya, pekerjaan pertama, kasut pertama yg dibeli sendiri, kali pertama pergi melancong, handbag branded pertama. Itu secara asasnya.

Banyak kenangan dan kali pertama yang aku buat bersama dia.

Kali pertama aku buat gila dengan dia. Dulu-dulu bila aku stress atau tertekan, aku suka memandu sendiri tanpa arah tujuan. Ada 1 malam tu, dia relahati nak teman aku. Dan aku rasa sejak tu aku dah tak pernah pandu sendiri lagi.

Terlalu banyak kali pertama aku dengan dia.

Kali pertama aku pergi makan kat restoran romantis. (Memang aku nak bawak gi makan situ dgn someone yg betul2 meninggalkan kesan dan cinta dalam hidup aku.)

Kali pertama aku menikmati pemandangan matahari terbenam. And then i fall in love with sunset. (Memang pernah berangan nak tgk sunset dgn yg tercinta, tapi time tu bajet nak tgk kat atas gunung atau bukit. Kehkehkeh)

Sungguh, terlalu banyak kali pertama aku dengan dia. Dan semua itu sangat terkesan dalam hidup dan diri aku.

Terima kasih untuk segala kenangan. Terima kasih.


ikhlas dari,

Yg sayang awak.
3.19 am

Friday 14 November 2014

Nak tulis, nak cerita, nak taip macam-macam, tapi tak tahu macamana nak mula. Hahahaha

ok log out.

P/s : I miss you

Wednesday 12 November 2014

i miss you

I miss your voice,
i miss your smile,
i miss your kisses,
i miss the way you hug me,
i miss to hold your hand,
i miss your laugh,
i miss your sound,
i miss your smell,
i miss to stare your eyes
i miss your complaing about anything
i miss when you put ur head to my chest,
i miss your words,
i miss you every second

i want to call you,
i want make you smile,
i want flirt to you,
i want kiss you,
i want hug you tightly,
i want hear your voice.

i miss everything about you
everything about us
i miss  you..badly
please let it happen again
the most i miss is YOU.




I never want to leave you,
I beg don't leave me.
I beg don't avoid me.
Just don't.


Tuesday 11 November 2014

Namanya HATI

Seketul daging itu
HATI namanya
lembik,
dicampak-campak,
dihenyak-henyak,
sakit.
Di buang dari tingkat 8,
pecah.
Dicantum semula, digam.
Belum kering kesan itu,
ditoreh dan dirobek lagi,
tapi
masih utuh.
dipijak dan dihiris-hiris menjadi kepingan,
walau deras darah mengalir
ia masih tetap sbg seketul hati,
yang kuat, teguh.
dan yang masih mahu hidup,
sedangkan ia boleh pilih untuk MATI.

kerana apa?

Kerana tuhan izinkan ia untuk terus hidup
dan ia juga pilih untuk terus hidup.

Genggam erat-erat

JANGAN DILEPAS LAGI AKU,
KAU JUGA TAKKAN AKU LEPASKAN,
 CUKUPLAH SEKALI KAU BIAR AKU PERGI, 
CUKUPLAH SEKALI AKU MEMBAWA DIRI, 
JANGAN DIULANG ULANG LAGI.

AKU MEMEGANG JANJI AKU,
DAN 
JANJI KITA.


0221 | 11 November 2014 | Sayang.


Jangan pergi jauh sayang

Jangan pergi jauh sayang,
Diri ini tak cukup kuat utk berdiri seorang,
sedangkan memikir kau pergi dah menyeksa diri,
apatah lagi jika benar kau pilih untuk pergi..

jangan pergi jauh sayang,
Ku sedar segala bebanan di kiri kanan bahu mu,
dikendong lagi perihal aku,
makin memberat tanggungan itu..

tolong..
tolong sayang..

jangan pergi jauh sayang,
yang ada kini hanya engkau,
Duduk lah disitu tenang-tenang.

jangan pergi jauh sayang.
Kerana engkau yg aku sayang.


0213 | 11 november 2014 |
yg remuk retak hati.

Thursday 6 November 2014

..and then i miss you

Setiap kali saya rindu awak, saya buat perkara yg kita pernah lakukan bersama. Makan makanan kita. Masak masakan kita. Nyanyi lagu lagu kita. Ulang dialog kita. Segala yang ada pasal kita, akan saya lakukan.

tapi tiba-tiba, saya semakin rindu awak sayang.

Hilang.

Banyak-banyak hal dalam hidup ni, perkara yang aku takut dari dulu hingga sekarang ialah 'KEHILANGAN' / 'HILANG'. semakin dewasa, semakin aki sedar betapa banyaknya kehilanhan yg berlaku dalam hidup aku. Masih tak tahu apa khilafnya. Mungkin aku tagihkan perhatian atau apa saja yg menyebabkan aku kehilangan perkara perkara lain.

Hilang. Aku masih ingat aku pernah hilang dari ayah dan ibu aku, waktu di kuantan, ketika rombongan rukun tetangga. Waktu tu kami menginap di resort cherating. Entah, tanpa sedar aku hilang dari pandangan orang lain, dan tangan aku dipimpin oleh orang yang aku sendiri tak kenal. Usia 6 tahun, apalah sangat mampu aku lakukan. Tangan itu membawa aku berjalan di lokasi lain. Mengikut cerita orang yg jumpa aku, aku tak menangis pom waktu tu. Tapi soalan pertama yang keluar adalah "mana ayah?".

Dari jauh aku nampak ayah dan mama berlari sambil menangis mendapatkan aku. Aku masih tak faham kenapa mereka menangis dan mendakap aku erat. rupanya aku hilang selama hampir 7 jam. Ayah cakap, "lepasni kakak takkan hilang lagi."

Kehilangan. Ada banyak kehilangan yang berlaku dalam hidup aku. Akibat sakitnya menanggung kehilangan, aku lebih berhati-hati. Bila kita hilang sesuatu yang paling kita dambakan, yang paling kita sayang, yang paling kita impikan, yang paling kita tumpukan 100%,  yang paling kita jaga dan tatang, ia amat menyakitkan.

Aku taknak hilang orang yang aku kasih. Aku taknak hilang memori yang paling aku idam, aku taknak hilang barang yang aku sayang. Cukup lah aku dah puas melalui fasa kehilangan. Ada kehilangan yang tuhan dah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik, dan aku harap aku takkan kehilangan lagi.

aku takut untuk berdepan dengan kehilangan.

Tuesday 4 November 2014

Wajah.

Jangan sekali kau lupa tentang wajah aku.
Jangan sekali pon kau biar wajah ini pudar,
Pastikan yg wajah ini lah peneman,
dalam setiap sepi kau.

kerana,
wajah kau,
dah aku potret dan tatukan,
dalam hati aku.

Monday 3 November 2014

pengaruh TV

Sebagai kanak-kanak kampung yang memang terjal dan panjang akal, aku senang terpedaya dengan cerita cerita dalam TV. Aku mampu men'transform'kan kartun/ filem ke dalam dunia realiti.

Kisah 1:

Masa tu aku still ingat pakcik tua yg aku panggil Pak Yem, bawak van sekolah untuk hantar aku dan kawan2 ke sekolah. Pada satu hari, jalan nak ke sekolah jem sikit sebab ada orang cina berarak kematian. Oleh kerana aku dah janji dgn kawan2 sekolah untuk main buaya-buaya sebelum masuk kelas, aku suruh pakyem bawak van laju sikit. "Cepatlah pakyem, orang ada perjumpaan ketua kelas ni." Dek kerana hilang kesabaran, aku terfikir untuk lakukan sesuatu.

aku keluar van ikot tingkap, lepas jatuh keluar, aku lompat atas kereta depan, aku belari dan lompat atas bumbung kereta. Aku tak sedar ada mata yang memerhati dari jauh. Selepas 2 biji kereta yg aku pijak bumbungnya, tangan aku dicapai oleh seorang penunggang motosikal.

-------------------------

Petang tu Pakyem datang rumah hantar beg sekolah yang aku tinggalkan dalam van masa aksi tghari tadi. Soalan pakyem kat aku, "Filem apa yang kamu tengok kali ni?"

Jawab aku, jackie chan.

haritu aku tak pergi sekolah. Dan seminggu tak dapat tengok TV sbg hukuman.

*nota kaki : Penunggang motor yg telah menangkap tangan aku dah hantar bawak balik rumah adalah ayah aku.



Kisah 2:

Aku tak suka india yang suka park basikal diorang depan rumah aku. Sebab tu port aku lepak. Tapi ayah baik sangat bagi izin kat india2 tu parking basikal kat situ sebelum diorang naik bas kilang gi kerja.

oleh kerana port kitorang lepak dah penuh dengan basikal meenachi kerja kilang, so aku kena lepak tempat lain. Tapi aku selalu kena denda takleh keluar rumah. Kalau nak main, kena panggil kawan2 datang rumah dan main dekat depan rumah je. Oleh kerana itu,aku semakin marah dengan diorang yg park basikal depan rumah.benda ni menyebabkan kawan2 aku dah malas main n lepak depan rumah aku.

satu hari, aku nekad utk lakukan sesuatu supaya diorang taknak park situ lagi. Aku tau shift diorang balek kerja. Setiap malam, aku akan panjat bumbung rumah senyap-senyap, bersama aku adalah Ayat,kawan baik aku. Selain aku dan Ayat, peneman kami adalah pistol kayu buatan sendiri, berpelurukan biji hijau (aku lupa nama buah tu).

Maka, bila awek kilang tu balek kerja dan nak amek beskal, aku dan ayat akan tembak-tembak sekittar basikal tu. Dengan tujuan untuk menakutkan mereka. setiap malam selama hampir seminggu lebih kami terpaksa bekerja keras.


-----------

Ayah tanya kat india india tu, "kenapa u orang dah lama tak parking sini? U punya kawan semua jalan kaki kah dari rumah?" Kak Nithiya jawab "sorry lah abang, mereka tak berani lagi parking sini, saya sorang saja kena berani parking sini.hari hari kena kacau sama hantu.."

*Nota kaki: Filem Treats n Trick. (Filem pasal pembunuh hantu yg menyamar masa pesta)

Thursday 30 October 2014

suara kamu.

Lemah suara dia,
sayup di pendengaran aku,
suara sayu itu,
yang dan mengisi ruang rindu ini,
Suara itu memenuhi masa masa aku.
Jangan lemah sayang,
Berhenti merasai penat.
Sebab,
akan aku buang segala lelah mu itu.


Wednesday 29 October 2014

koyakkan hati aku dan lihat isinya

Nah,
ambil pisau ini, dan koyakkan dada aku,
lihat segala isi yang ada,
robeklah segalanya,
siat siat lah semahunya,
samada kau nampak parut atau luka,
atau kau lihat ada sinarnya,
itulah hati dan rasa aku untuk hidup ini.

Koyakkan sehalusnya,
agar kau dapat lihat setiap perca,
yang aku sendiri tak mampu,
untuk berkongsi rasa.

hati aku ada ;
Parut, luka dan pasti penuh dgn cinta.
kan?


ziarah malam.

Aku mimpi dia. Situasi yang sama, kami berselisih dan cuma mampu main mata dan senyum paling manis. Senyum malu malu kata aku. Mungkin terlalu merindui, luluh hati ni lihat senyum dia.

awak, awak dah lama tak jengah dan melawat saya. Tapi bila setiap kali awak datang jenguk saya, awak datang penuh makna. Terima kasih cinta. Malam tadi mungkin saya terlalu rindukan awak, awak datang dengan senyum dan uniform kegemaran saya. Hehehe.


Friday 24 October 2014

perempuan ke lelaki?

Zaman kanak kanak paling aku takkan lupa, sebab aku membesar tak ikot sepatutnya. Kalau kanak kanak perempuan lain masih bermain pondok pondok masak masak, tapi aku dah tamatkan permainan tu ketika aku masuk sekolah. Walaupon masih pegang botol susu (secara sembunyi), tapi aku pilih untuk main permainan lelaki.

Galah panjang, senapang buatan sendiri, bola sepak, sampaikan buat pondok kayu atas pokok jambu (hasil curi  papan kat belakang rumah uncle raja, jiran india yang berkerusi roda) itulah mainan aku. Dulu-dulu takde duit, jadi kalau nak main, kena guna apa je barang barang terpakai. Hehehe. Maka, aku memilih kawan-kawan yg sekufu dengan aku, yg tarafnya main game buatan sendiri.

dan sebab dah biasa buat mainan sendiri, kami curi besi buruk buat basikal, yg roda depan kecik, tayar belakang besor. Haha lepas siap, kawan aku azrin cuba naik, tapi basikal kami tu cuma mampu bertahan 2 saat je.

Bapak azrin ni best, selalu tolong kami cover line kalau nak curi barang belakang rumah uncle raja. Memang rumah uncle raja selalu jd mangsa sebab dia lumpuh, kalau kantoi pon dia takkan boleh kejar kami. HEHEHEHEE.

memandangkan adik beradik aku semua lelaki, maka aku tak kekok menjadi satu satunya perempuan dalam geng aku. Sebab diorang pon macam yakin aku ni lelaki sebenarnya.

Masa darjah lima, aku mintak ayah belikan kasut bola sebab kawan kawan aku semua ada but bola dan pakai but bola time main bola. Dan tu lah kali terakhir aku dapat main bola dgn diorang sebab ayah tak bagi dah. Ni semua salah mulut jiran puaka aku, pakcik Zul yang suka mengadu kat ayah pasal aku. Sebenarnya, pakcik zul puji tapi ayah tak terima sbg pujian. Pakcik Zul kalau jumpa aku and ayah, dia akan cakap "anak ko ni bagus tau. Lincah sangat kalau kejar bola. Dia kalau tak gol kan, memang tak sah. Ini bole jadi pemain bola malaysia ni nanti."  memang setiap kali jumpa, itu ayat kegemaran dia.

Sampai sekarang aku tak faham kenapa ayah taknak terima je statement tu sebagai satu pujian.

*nota kaki  1; lepas arwah bapak azrin meninggal masa darjah 6 dulu, baru kitorang tau, setiap kali lepas kitorang mencuri belakang rumah uncle raja, arwah akan bagitau kat uncle raja, dan arwah pernah bayarkan sikit ganti rugi ler. Nasib baik uncle raja tak pernah berkira.

*nota kaki 2; sebab dah biasa bertukang untuk buat mainan sendiri masa kecik, aku satu satunya budak perempuan kat sekolah asrama dulu yang TIDAK ambil subjek Ekonomi Rumah Tangga. Hehehe, mintak tolong ayah buat surat hantar kat sekolah supaya aku tak amek ERT, tapi tukar kepada KH teras. Ala yang bertukang, guna elektrik, elektronik tu.

*Nota kaki 3; lepas sekian lama tak main bola, sapat juga aki bermain semula. Tapi dah tak best mcm dulu. Mungkin sebab diorang dah tau aku seorang perempuan kot?


Thursday 23 October 2014

Marah pada Tuhan

Aku pernah marah pada tuhan
Segala amarah sedih kecewa,
aku hambur pada Dia.
Aku salahkan dia.
Sedangkan aku lupa,
yg Dia adalah segala-galanya.

Aku gagal kawal emosi,
Dan aku salahkan Ilahi.
Yg sebenarnya saat itu,
tiada sekelumit benci pada tuhan,
cuma,
Hati ni hancur,
sakit yang menggigit seluruh saraf,
memang itu perempuan jahil ni pernah buat, dulu...

aku keliru dengan apa yg tuhan bagi,
Dia bagi, tapi aku gagal mencapai,
kalau bukan untuk aku,
kenapa Dia beri rasa untuk aku menggapai?

Maafkan aku ya Allah.

Monday 20 October 2014

keseorangan lagi?

Ada masa aku rasa aku terlalu keseorangan
dari dulu sampai sekarang
Banyak benda aku lalui keseorangan
dah banyak tahun aku  berjalan sendiri
walaupon pada mata kasar aku nampak happy
dan ramai teman disisi
tapi aku pilih untuk sendiri.

Jangan tanya kenapa,
sbb aku sendiri tak pasti,
mungkin aku dah hilang percaya dengan orang lain
sebab tu bertahun2 aku pilih untuk tempuh sendiri.

entahlah.

kalau dulu, bila rasa sunyi,
aku akan naik komuter,
Dari pangkal hingga hujung destinasi,
ada masa pandu kereta dari kuala lumpur ke melaka-
Selalunya aku pandu tanpa arah.
bila aku tasa sedih, sepi
aku akan membawa diri.
sorang-sorang, hanya berteman hati.

Sehingga aku berjumpa seseorang
Dan aku mula berani,
untuk tidak sendiri lagi.
kami pandu dari KL ke JB,
Ada masa ke PD,
semata mata utk isi hati kami.

tuhan hantar dia
untuk aku tak keseorangan lagi.
tapi entah kenapa aku terus diuji---
walaupon berteman, tapi tak disisi.

Tuhan, ambillah apa yg ada pada aku,
Dan kembalikan dia utk ku sbg pendamping.
Jangan kau ambil nyawa ku,
selagi dia tak disamping.



Thursday 16 October 2014

KERANA YANG SATU ITU

Sebenarnya,
ada lelah dalam setiap langkah aku,
Selemah mana kudrat kaki dan tangan ini,
aku masih mahu bangkit,
cuba bertatih semula
untuk belajar berlari.

semuanya kerana satu hal,
yang tuhan hantar kepada aku,
dan meyakinkan aku,
bahawa aku masih mampu.
untuk bangun dan berjuang,
dan aku masih mampu mengukir senyuman.

satu hal yg tuhan beri itu,
aku genggam,
aku semat dalam diri,
Bahawa selemah lemah aku,
masih ada peluang untuk bahagia.

Dan setiap kekuatan untuk aku bangun hari ini,
adalah kerana, HATI.

Terima kasih tuhan sudi menghantar kekuatan aku.

Saturday 11 October 2014